Digital N9
Digital N9 adalah inisiatif utama yang diterajui untuk memacu transformasi digital di Negeri Sembilan.
Team Digital N9
Digital N9 terdiri daripada sekumpulan individu yang berkemahiran tinggi, inovatif, dan bersemangat dalam menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab digital utama. Dengan latar belakang yang pelbagai, pasukan kami menggabungkan kepakaran dalam teknologi, perniagaan, pemasaran, dan pembangunan komuniti untuk mencapai matlamat transformasi digital Negeri Sembilan. Kami juga aktif menjalankan kursus Ai kepada masyarakat seperti :
- Ai@Pejabat
- Ai@Bisnes
- Ai@Sekolah
- Ai@Kreatif
- Ai@Perdasama
- Ai@Interaktif
Pengasas Digital N9
Mohd Zulkhair bin Abu Kassim ialah seorang jurulatih dan penceramah profesional dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam latihan, pembangunan dan transformasi digital.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PTDOTCOM Media Digital, sebuah agensi kreatif bumiputera yang menawarkan perkhidmatan digital, pemasaran, serta latihan kemahiran untuk usahawan, sektor swasta dan agensi kerajaan. Beliau juga meneraju teknologi dan sistem Selangor Digital yang sedang dibangunkan untuk industri kreatif di Malaysia.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam Administration & Operation Management (OUM) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan di The International Business School of Scandinavia, Denmark. Beliau juga bertauliah sebagai Trainer HRD Corp (Train The Trainer).
Antara kepakaran beliau termasuk :
- Pemasaran digital & pembangunan strategi perniagaan.
- Teknologi AI untuk pentadbiran pejabat & perniagaan.
- Reka bentuk grafik, animasi, video kreatif, dan pengurusan kandungan digital.
- Pembangunan pusat latihan bertauliah dan program HRDF.
Sepanjang kerjayanya, beliau telah bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta dan MDEC (sebagai penceramah program Jelajah Saya Digital). Beliau juga aktif melatih usahawan serta staf kerajaan dalam bidang AI, pemasaran digital, e-dagang, dan kreativiti digital.
Beliau juga dijemput sebagai tenaga pengajar Ai untuk guru-guru indonesia yang ditaja khas oleh kerajaan Indonesia.
Ingin Kerjasama ?
Digital N9
No. 47-2, Lake View Square,
Jalan S2 B1, Seremban 2,
70300, Negeri Sembilan
(+60) 13 523 1225
Mencari Kerja ?
Hantar resume anda ke :