Kertas Projek dan Proposal
Kertas kerja dan proposal adalah dokumen penting yang berfungsi sebagai asas perancangan dan komunikasi idea, projek, atau penyelesaian kepada pihak berkepentingan. Kertas kerja memberikan perincian teknikal, analisis, dan pelan pelaksanaan sesuatu projek, manakala proposal bertujuan mempengaruhi atau meyakinkan pembaca untuk menyokong atau meluluskan idea tersebut.
Di Digital N9, kami memahami bahawa kertas kerja dan proposal bukan sekadar dokumen, tetapi alat strategik untuk mempersembahkan visi dan nilai projek anda secara profesional dan terperinci. Sama ada anda ingin mendapatkan dana, menjalin kerjasama, atau melaksanakan inisiatif baharu, dokumen ini memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan matlamat anda.
Pakej Kertas Projek dan Proposal
Pakej Asas
- Penyelidikan ringkas dan penulisan proposal.
- Format standard dengan reka letak profesional.
- Maksimum 10 muka surat.
- Disiapkan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
Pakej Profesional
- Penyelidikan mendalam dan analisis.
- Penulisan lengkap dengan infografik ringkas.
- Maksimum 20 muka surat.
- Rekaan visual yang menarik untuk persembahan.
- Disiapkan dalam tempoh 5-7 hari bekerja.
Pakej Premium
- Penyelidikan menyeluruh, termasuk data kajian kes atau rujukan industri.
- Penulisan lengkap dengan infografik, carta, dan visual profesional.
- Maksimum 30 muka surat atau lebih, bergantung pada keperluan projek.
- Rundingan tambahan untuk memperhalusi kandungan.
- Disiapkan dalam tempoh 7-10 hari bekerja.
Pakej Custom
- Disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
- Termasuk analisis tambahan seperti SWOT, strategi, atau pelan tindakan terperinci.
- Reka bentuk premium untuk persembahan profesional.
- Tempoh penyediaan bergantung kepada skop kerja.
